Tarikh : 07 Julai 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi bimbingan kepada peserta yang hadir mengenai cara-cara untuk menghasilkan Piramid Makanan dengan menggunakan Microsoft Excel mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti
Pada awal sesi permulaan kelas, petugas menerangkan mengenai apa itu Piramid Makanan, berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan, fungsinya, dan akhir sekali cara penghasilannya kepada para peserta. Kemudian, para peserta diminta menghasilkan Piramid Makanan mengikut kreativiti masing-masing. Kuiz Kahoot berkaitan kesihatan juga diadakan pada akhir sesi kelas, dan kelas ini melibatkan pelajar sekolah rendah tahap 2.