mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Kelas Komputer (Microsoft Word) – Pengenalan dan Asas Microsoft Word.

Tarikh   : 21 Februari 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan awal dan pengetahuan kepada peserta yang belum mahir tentang Microsoft Word dan cara untuk menggunakannya. Tujuan lainnya adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran ICT peserta dalam suasana yang kondusif di PEDi.

Aktiviti

Melalui kelas ini, peserta diterangkan mengenai cara untuk menukar jenis tulisan, saiz tulisan, warna tulisan, huruf besar dan kecil tulisan, dan juga cara masukkan gambar dari fail. Kemudian, peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan biodata diri dengan menggunakan Microsoft Word. Antara impak positif yang diperoleh dari kelas ini ialah dapat melatih peserta mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci yang merupakan komponen komputer penting.

Galeri Foto