Tarikh : 01 September 2023
Masa : 10:30 pm – 12:30 pm
Tempat : Bilik Latihan PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta menguasai dan membiasakan diri dengan penggunaan Software Microsoft Word untuk kegunaan harian. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk melatih pelajar agar lebih memahami cara-cara menggunakan komputer.
Aktiviti
Kelas ini telah diadakan dengan melibatkan 3 orang peserta sekolah rendah. Kelas pengenalan Microsoft Word ini bertujuan mengajar pelajar mengenali tools dan fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut. Di dalam kelas ini, pelajar dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan cara untuk menggunakan jenis dan saiz tulisan, cara mengubah kedudukan tulisan, cara untuk masukkan gambar, shape, icon dan juga border muka surat, cara untuk menyimpan kerja pelajar dan lain-lain lagi. Kelas ini juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dengan mudah dalam proses pembelajaran pada masa akan datang.