Tarikh : 08 September 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuannya adalah untuk membantu peserta menguasai dan membiasakan diri dengan penggunaan Software Microsoft Word untuk kegunaan harian.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan ringkas mengenai sejarah Hari Malaysia kepada peserta seperti sejarah penubuhan Hari Malaysia, faktor-faktor pembentukan Malaysia, latar belakang pembentukan Malaysia dan lain-lain lagi. Antara yang mereka dapat pelajari ketika menghasilkan artikel sempena Hari Malaysia ialah cara memilih saiz kertas, cara menukarkan font yang sedia ada, cara memilih gambar yang ingin diletakkan di dalam artikel, cara untuk menukar warna pada tulisan dan artikel, cara untuk masukkan ‘frame’ pada artikel dan sebagainya. Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi kelas.