Tarikh : 27 Oktober 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektifnya ialah untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai bentuk-bentuk 2D. Menurut ilmu matematik, bentuk ialah berupa bentuk 2 Dimensi (Bentuk 2D) atau 3 Dimensi (Bentuk 3D) seperti segi tiga, segi empat sama, bulatan, piramid, sfera, kon dan lain-lain.
Aktiviti
Pada awal permulaan sesi kelas, petugas menerangkan secara ringkat mengenai bentuk-bentuk 2D, bentuk dimensi boleh dilihat dalam kehidupan seharian, kegunaannya dan lain-lain lagi. Antara kepentingan mempelajari bentuk dalam kalangan kanak-kanak adalah untuk merangsang minda mereka untuk memupuk nilai inovasi dan kreatif. Para peserta belajar mengunakan Microsoft word untuk mengenali bentuk dan belajar menaip serta menghasilkan lukisan ringkas berasaskan bentuk 2D yang ada dalam Microsoft word. Antara bentuk/corak/objek yang dihasilkan adalah seperti rumah, hasil cantuman bentuk segi empat sama, segi tiga dan lain-lain lagi.