Tarikh : 19 Januari 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Tujuan utama pelaksanaan kelas ini adalah untuk membantu peserta untuk memulakan perniagaan mereka secara atas talian, seperti mana yang kita tahu aplikasi Tiktok merupakan salah satu cabang perniagaan atas talian yang mampu menjana pendapatan sampingan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu usahawan muda meningkatkan pendapatan, jualan dan kemahiran dari segi pemasaran melalui affiliate.
Aktiviti
Telah diadakan dengan melibatkan 6 orang peserta wanita terdiri daripada suri rumah yang berminat dan bermatlamat untuk memasarkan produk di platform trending masa kini seperti aplikasi TikTok. Kelas ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu Sesi 1 : Tiktok Seller dan Sesi 2 : Tiktok Affiliate. Peserta juga didedahkan dengan garis panduan TikTok, TikTok shop, affiliates, content creator dan sebagainya. Untuk sesi 1 peserta di ajar cara untuk mengaktifkan akaun Tiktok Seller, kemaskini akaun dan juga mempelajari cara untuk menambah produk yang ingin dipasarkan di ‘Beg Kuning’ TikTok melalui jualan secara Live. Manakala untuk sesi 2, peserta di ajarkan cara untuk mengaktifkan TikTok Affiliate untuk menjana duit melalui jualan produk orang lain tanpa mengeluarkan modal, hanya perlu promosi produk yang ada di produk marketplace melalui ‘Beg Kuning’ video, dan juga ‘Beg Kuning’ live dan menjana duit melalui komisen di setiap produk yang kita pasarkan terjual.