mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Pertandingan Jigsaw Puzzle sempena Hari Malaysia

Tarikh   : 09 September 2023

Masa    : 10:30 am – 12:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji kebolehan para peserta dalam menggunakan ICT melalui permainan puzzle. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan keterujaan dan semangat patriotik di kalangan perserta dan semangat kecintaan terhadap negara.

Aktiviti

Para peserta perlu mencantumkan semua kepingan puzzle yang diberikan sehinggan menjadi poster Hari Malaysia. Antara impak positifnya ialah dapat melahirkan perasaan bangga dan cinta akan negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dalam diri peserta, dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia untuk mengekalkan kemerdekaan, mengamalkan tingkah laku patriotic dan berbangga terhadap kemerdekaan negara.

Galeri Foto