Tarikh : 01 Oktober 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW disamping menghayati sirah hidup baginda.
Aktiviti
Pertandingan ini melibatkan 5 orang peserta wanita dimana setiap peserta perlu mencantumkan kesemua kepingan puzzle sehingga menjadi sekeping gambar. Dan pemenang dipilih berdasarkan kecepatan masa dalam menyiapkannya. Antara manfaat yang diperolehi ketika pertandingan ini berlangsung ialah dapat menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul serta menguji ilmu pengetahuan asas pendidikan Islam para peserta seterusnya melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.