mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Softskills – Pembentangan Biodata Diri.

Tarikh   : 22 Februari 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan keyakinan dan keberanian peserta dan untuk melihat bagaimana cara mereka dalam menyampaikan sesuatu dengan lebih kreatif dan menarik. 

Aktiviti

Kemahiran komunikasi merupakan elemen utama yang perlu dipelajari oleh para pelajar. Ini adalah kerana komunikasi merupakan perkara asas dalam melakukan sebarang interaksi sesama manusia. Komunikasi yang baik amat penting dalam kalangan pelajar bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dijalankan dengan baik. Kemahiran ini dapat memastikan pelajar mempunyai keyakinan untuk berinteraksi dengan masyarakat. Melalui aktiviti ini dapat mencungkil bakat peserta dalam membuat persembahan atau memberi ucapan di hadapan khalayak ramai. Setelah peserta selesai menghasilkan biodata diri, mereka perlu membuat pembentangan mengikut kreativiti masing-masing. Antara kelebihan lain softskills ini adalah ia merupakan kemahiran seseorang itu menggunakan kebolehan dalam menyelesaikan masalah, komunikasi secara efektif, berfikiran kreatif dan banyak lagi. Jelaslah disini bahawa kemahiran insaniah amat penting dalam kalangan pelajar bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada kepada kemhiran yang lebih produktif dan efektif dalam kehidupan seharian.

Galeri Foto