Tarikh : 08 November 2023
Masa : 10:00 am – 12:00 pm
Tempat : SMK Syed Abu Bakar
Peserta : Pelajar Sekolah SMK Syed Abu Bakar
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membina jambatan yang paling ringan yang boleh menahan paling berat.
Aktiviti
Pelajar perlu menggunakan toothpick/pencungkil gigi dan gam sahaja bagi menghasilkan sebuah jambatan yang ringan tetapi boleh menampung beban yang berat. Aktiviti ini adalah integrasi matematik, sains, seni, drafting, problem solving dan kejuruteraan dimana pelajar akan mengukur, mereka bentuk, membina, dan mengira berat jambatan mereka. Melalui aktiviti STEM ini, pelajar dapat mengaplikasikan ilmu dari segi matematik, sains dan lain-lain lagi dalam penghasilan Toothpick Bridge.