Tarikh : 20 September 2023
Masa : 10:00 am – 12:00 pm
Tempat : SMK Kuala Ketil
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Tujuan projek STEM ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam merekacipta berdasarkan konsep udara, kelajuan dan juga masa.
Aktiviti
Car Balloon telah diadakan di SMK Kuala Ketil dengan melibatkan 12 orang peserta. Car Balloon ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti penutup botol air mineral, penyedut minuman, gunting, gam dan lain lagi. Jadi, antara kelebihan projek ini ialah murid boleh menjelaskan maksud kelajuan dan mereka boleh membuat kesimpulan tentang hubungan kelajuan dengan jarak dan masa.