mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) STEM – Catapult

Tarikh   : 26 Januari 2024

Masa    : 2:30 pm – 4:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar sekolah

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menerapkan lagi peranan subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam kalangan peserta.

Aktiviti

Catapult/Lastik adalah penggunaan tenaga tersimpan untuk melontarkan peluru (muatan),tanpa menggunakan bahan letupan. Pada permulaan sesi kelas, petugas memberikan penerangan ringkas mengenai definisi, sejarah, dan jenis catapult. Kemudian, petugas menyangkan video tutorial yang terdapat pada YouTube bagi membantu peserta memahami aktiviti yang akan dilaksanakan. Oleh itu, peserta dibimbing untuk menghasilkan popsicle stick catapult dengan menggunakan beberapa jenis bahan seperti batang aiskrim, gam , penutup botol dan gelang getah. Setelah menyiapkan replika popslice stick catapult tersebut, peserta dikongsikan dengan cara pengoperasiannya yang digunakan untuk melastik beban yang berlainan berat. Beban yang berlainan berat akan mempengaruhi jarak pergerakan beban tersebut. Kesimpulannya, peserta telah berhasil menciptakan popsicle stick catapult yang mekanisma ini digunakan  semasa perperangan sebagai senjata untuk melontarkan peluru atau beban yang boleh mengakibatkan kemusnahan kepada musuh.

Galeri Foto