mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) STEM – Chair With Popsicle Stick

Tarikh   : 08 November 2023

Masa    : 10:00 am – 12:00 pm

Tempat : SMK Syed Abu Bakar

Peserta : Pelajar Sekolah SMK Syed Abu Bakar

Tujuan

Objektifnya adalah untuk menarik minat murid mengenai STEM bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu perkara.

Aktiviti

Terdapat pelbagai kaedah dan cara untuk menggunakan batang popsicle/popsicle stick dan mencipta sesuatu yang baharu dengan idea yang kreatif dan inovatif. Antaranya ialah penanda buku, lukisan abstrak, hiasan pintu, kotak tisu, jewellery box dan lain-lain lagi. Berdasarkan aktiviti ini, peserta perlu menggunakan popsicle stick dan juga gam yang disediakan oleh petugas untuk menghasilkan sebuah kerusi mengikut kreativiti setiap pelajar. Terdapat peserta yang menghasilkan bangku dan ada yang menghasilkan kerusi. Impak positif yang diperolehi melalui aktiviti ini ialah dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan pelbagai masalah secara kreatif.

Galeri Foto