Tarikh : 08 November 2023
Masa : 10:00 am – 12:00 pm
Tempat : SMK Syed Abu Bakar
Peserta : Pelajar Sekolah SMK Syed Abu Bakar
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membina corak/susunan cawan yang telah ditetapkan secepat mungkin dengan menggunakan tali seterusnya mencabar setiap peserta untuk mengembangkan kemahiran mereka untuk menyelesaikan tugasan.
Aktiviti
Sebelum aktiviti bermula, petugas memberikan penerangan ringkas mengenai aktiviti ini dimana peserta berkumpulan perlu menyusun cawan-cawan yang disediakan mengikut susunan piramid dengan menggunakan tali yang diikat pada cawan. Peserta perlu bekerjasama dalam menyusun cawan-cawan tersebut supaya cawan yang disusun tidak jatuh. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau berpasukan. Urutan cawan yang akan disusun berdasarkan piramid sama ada 3, 6, atau 10 cawan. Antara manfaat melalui aktiviti ialah menggalakkan koordinasi tangan-mata, ambidexterity, kepantasan dan tumpuan.