mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) STEM – Hologram 3D

Tarikh   : 17 Februari 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Diadakan bertujuan untuk memupuk minat peserta dengan Sains, Teknologi dan Matematik dan juga untuk meningkatkan motivasi para peserta terhadap pembelajaran Sains dan Teknologi. 

Aktiviti

Hologram ialah satu cara untuk mencipta imej atau video 3D. Dalam aktiviti ini, para peserta mempelajari cara untuk membuat hologram dengan menggunakan kertas lutsinar yang telah dibentuk menjadi prisma dan membuat eksperimen dengan cara hologram berfungsi. Hologram akan memantulkan, membiaskan dan memancarkan cahaya dari tablet/telefon yang diletakkan di bawahnya untuk mencipta animasi 3D. Akhir sekali peserta memainkan video 3D Hologram dan mula melihat objek-objek secara 3D melalui pandangan sisi.

Galeri Foto