mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Stem – Robotic Hand Project

Tarikh   : 19 Ogos 2023

Masa    : 10:30 am – 12:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Projek STEM ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar sekolah dalam rekacipta dan innovasi. Projek ini memberi peluang kepada pelajar mempelajari cara-cara untuk membuat tangan robot. 

Aktiviti

Terdapat 6 kumpulan yang terdiri dari 12 peserta telah terlibat dengan projek ini.Dengan hanya menggunakan item biasa seperti kertas, straw, benang dan lain-lain lagi boleh mencipta tangan yang bergerak dan boleh dibengkokkan. Tangan robotik ini  terdiri daripada kertas A4 yang dipotong mengikut bentuk tangan pelajar sendiri, penyedut minuman pula bertindak sebagai urat urat tangan. Manakala benang bertindak seperti sendi Sebelum memulakan projek, pelajar dibekalkan peralatan seperti gunting, straw, pencil, benang, salotape dan kertas A4. Pelajar juga diberikan taklimat ringkas oleh petugas tentang cara-cara untuk membuat tangan robotic. Pelajar diberikan masa selama 1 jam 30 minit untuk menyiapkan projek tersebut.

Galeri Foto