Tarikh : 15 Jun 2023
Masa : 2:30 pm – 4:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada para peserta tentang konsep sains seperti konsep kuasa, aerodinamik dan penerbangan dalam sesebuah roket.
Aktiviti
Pada awal sesi kelas, petugas menayangkan paparan video mengenai cara-cara untuk menghasilkan Rocket Papers. Kemudian, para peserta diberi tugasan untuk menghasilkan Rocket Papers berdasarkan paparan video yang ditayangkan dengan menggunakan sekeping kertas A4, gunting, salotape dan straw .