Tarikh : 12 Oktober 2023
Masa : 10:00 am – 12:00 pm
Tempat : SMK Kuala Ketil
Peserta : Pelajar SMK Kuala Ketil
Tujuan
Tujuan projek STEM ini diadakan adalah untuk pengajaran dan pembelajaran langsung kepada peserta seterusnya mendorong minat dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni (Art) dan Matematik (STEAM), yang disasarkan pada prasekolah, sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Aktiviti
STEM Lego Challenge telah diadakan di SMK Kuala Ketil dengan melibatkan 7 orang peserta. Peserta perlu mencantumkan lego yang disediakan oleh petugas untuk menghasilkan sesuatu objek. Antara kelebihan Lego Challenge ini ialah ia dapat membentuk kreativiti peserta dalam menghasilkan sesuatu berdasarkan reka bentuk hasil imaginasi mereka.