Tarikh : 24 Ogos 2023
Masa : 10:00 am – 12:00 pm
Tempat : SMK Kuala Ketil
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memupuk minat dan semangat di dalam kalangan pelajar tentang kepentingan STEM di dalam kehidupan seharian dan masa depan. Selain itu, tujuan lain program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat kerjasama di antara satu sama lain serta melatih para peserta yang terlibat untuk berfikiran secara kreatif dan inovasi berdasarkan bahan-bahan yang disediakan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan ringkas berkaitan STEM seterusnya memberikan arahan kepada pelajar mengenai cara penghasilan ‘Straw Tower Challenge’. Kemudian, petugas memberikan alatan-alatan yang akan digunakan seperti straw, gunting, dan salotape kepada peserta untuk menghasilkan 1 replika bangunan. Penilaian di buat berdasarkan, kekemasan, kebersihan dan rupa bentuk bangunan mahupun menara yang dibina oleh mereka. Mereka perlu memastikan, setiap rekabentuk itu mempunyai kedudukan yang stabil.