mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Taklimat dan Kuiz KDB (Oversharing)

Tarikh   : 22 September 2023

Masa    : 2:30 pm – 3:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu maklumat di media sosial. Hal ini kerana terdapat banyak kesan negatif jika seseorang overshare seperti kecurian identiti, ancaman keselamatan, rompakan harta benda dan lain-lain lagi.

Aktiviti

Oversharing’ bermaksud mengepos terlalu banyak informasi/maklumat peribadi di laman sosial & membiarkan jutaan orang di internet melihat informasi peribadi anda. Pada permulaan sesi kelas, para pelajar ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak yang bertajuk Oversharing. Selepas itu, petugas juga menerangkan langkah-langkah menangani sikap ‘overshare’ kepada peserta. Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi taklimat bagi menguji tahap kefahaman peserta mengenai isu ‘Oversharing’.

Galeri Foto