Tarikh : 01 Oktober 2023
Masa : 2:30 pm – 3:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu maklumat di media sosial. Hal ini kerana terdapat banyak kesan negatif jika seseorang overshare seperti kecurian identiti, ancaman keselamatan, rompakan harta benda dan lain-lain lagi.
Aktiviti
Oversharing’ bermaksud mengepos terlalu banyak informasi/maklumat peribadi di laman sosial & membiarkan jutaan orang di internet melihat informasi peribadi anda. Pada permulaan sesi kelas, para pelajar ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak yang bertajuk Oversharing. Selepas itu, petugas juga menerangkan langkah-langkah menangani sikap ‘overshare’ kepada peserta. Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi taklimat bagi menguji tahap kefahaman peserta mengenai isu ‘Oversharing’.