mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Taklimat KDB – Online Grooming

Tarikh   : 06 Januari 2024

Masa    : 2.30 pm – 4.30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Tujuan Online Grooming diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai apa itu ‘Online Grooming’ disamping menambahkan lagi ilmu berkaitan tanggungjawab, keselamatan kendiri dalam menggunakan internet dan kewaspadaan ketika bermain permainan diatas talian yang boleh mendatangkan kemudaratan. 

Aktiviti

‘Online grooming’ merupakan sesuatu jenayah di mana seseorang penjenayah cuba untuk menjalinkan hubungan dengan kanak-kanak bagi tujuan memerangkap,memaksa dan mempergunakan dengan tujuan yang salah dan tidak senonoh seperti eksploitasi seksual melalui media sosial. Oleh hal yang demikian, ia adalah penting untuk peserta mengetahui apakah itu pencabulan, bagaimana untuk mencegahnya serta apa yang harus mereka lakukan jika mereka berada dalam situasi tersebut.

Galeri Foto