mcmc
Laporan Aktiviti

Pembukaan Booth Advokasi Safe & Shield bersama NADI Kluster Kulim sempena Program Hari Keusahawanan SK Permatang Tok Dik 2024

Tarikh   : 28 September 2024

Masa    : 8.00 am – 1.30 pm

Tempat : SK Permatang Tok Dik, Padang Serai

Peserta : Pelajar Sekolah SK Permatang Tok Dik

Tujuan

Booth ini dibuka bertujuan untuk mempromosikan kesedaran digital dan keselamatan siber melalui Safe & Shield, sambil memperkenalkan perkhidmatan NADI dan My Digital ID kepada peserta. Selain itu, ia turut menyediakan aktiviti pendidikan dan interaktif yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan teknologi digital dan keselamatan dalam talian di kalangan murid-murid serta komuniti.

Aktiviti 

Pada 28 September 2024, SK Permatang Tok Dik telah mengadakan Program Hari Keusahawanan yang berlangsung dengan meriah dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan warga sekolah serta mendedahkan mereka kepada pelbagai cabang ilmu serta peluang yang dibawa oleh wakil dari pelbagai agensi. NADI Kluster Kulim turut sama memeriahkan acara dengan membuka booth yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan informatif. Antara aktiviti yang dijalankan di booth NADI adalah Crossword Safe, Shield & KDB – diadakan secara online dan offline bagi menguji pengetahuan murid tentang keselamatan siber dan kewaspadaan digital, Kiosk Mydigital ID – memberi penerangan dan panduan kepada pengunjung tentang keselamatan identiti digital serta membuka kiosk pendaftaran Mydigital ID, Jengga Puzzle – permainan fizikal yang menggabungkan strategi, logik, dan kemahiran kritikal, dan promosi NADI – peserta akan diperkenalkan kepada NADI, iaitu platform digital yang memberi akses kepada pelbagai maklumat mengenai kesihatan, pendidikan, dan perkhidmatan kerajaan. Konkluksinya, Booth Safe & Shield sempena Hari Keusahawanan SK Permatang Tok Dik bukan sahaja menyediakan platform untuk mempromosikan keselamatan digital dan penggunaan teknologi yang selamat, tetapi juga mendidik peserta melalui aktiviti yang menarik dan interaktif.