mcmc
Laporan Aktiviti

Pembukaan Booth NADI Kluster Baling Sempena Hari Keusahawanan Dan STEM di SMK Kuala Ketil

Tarikh   : 12 Januari 2025

Masa    : 08.00 pagi – 1.00 tengahari

Tempat : SMK Kuala Ketil

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Booth NADI Kluster Baling mengambil inisiatif untuk menyertai Hari Keusahawanan dan STEM di SMK Kuala Ketil dengan menyediakan pelbagai aktiviti interaktif yang bertujuan memupuk semangat keusahawanan serta melatih kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai nilai keusahawanan seperti strategi, kerjasama, dan pengurusan risiko melalui aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang disediakan turut membantu dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, daya kreativiti, serta pemikiran kritis melalui permainan berstruktur.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan di booth ini termasuk Jenga Tower Challenge, Lego, 3D Art Doodle Pen, Ball Sorting Challenge, dan Puzzle. Setiap aktiviti direka khas untuk memberi pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menarik. Booth NADI Kluster Baling berjaya menjadi salah satu tarikan utama dalam program ini dengan menggabungkan unsur pendidikan dan hiburan, sekaligus memberikan manfaat besar kepada para pelajar dalam meneroka bidang keusahawanan dan STEM secara lebih praktikal dan menyeronokkan.