Tarikh : 12 Disember 2024
Masa : 8.00 am – 1.00 pm
Tempat : SK Asam Jawa, Baling
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Booth NADI Kluster Baling mengambil inisiatif untuk menyertai program Hari Keusahawanan SK Asam Jawa dengan menyediakan pelbagai aktiviti interaktif yang bertujuan memupuk semangat keusahawanan dan melatih kemahiran berfikir secara kreatif serta kritis di kalangan pelajar. Objektifnya adalah memberikan pendedahan kepada pelajar tentang nilai keusahawanan seperti strategi, kerjasama, dan pengurusan risiko melalui aktiviti yang menyeronokkan, dan elatih kemahiran menyelesaikan masalah, daya kreativiti, dan pemikiran kritis melalui permainan berstruktur. Konkluksinya, Booth NADI Kluster Baling berjaya menjadi salah satu elemen menarik dalam Hari Keusahawanan SK Asam Jawa dengan menyediakan aktiviti interaktif yang mendidik sambil menghiburkan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang menarik perhatian ialah Jenga Tower Challenge, di mana peserta diuji dalam membina menara menggunakan blok kayu tanpa meruntuhkannya, memupuk kesabaran dan ketelitian mereka. Block Wooden Puzzle pula mencabar peserta untuk menyusun blok kayu dengan betul, sekaligus menguji daya tumpuan dan penyelesaian masalah mereka.
Selain itu, Safe & Shield Puzzle memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan digital melalui aktiviti berbentuk permainan yang mendidik mereka tentang kepentingan perlindungan data dan privasi dalam dunia siber. Manakala Ball Sorting Challenge menguji kecekapan peserta dalam mengelompokkan bola mengikut warna atau kategori tertentu, yang membantu dalam mengasah kemahiran logik dan koordinasi pergerakan.
Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti ini telah memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik dan interaktif kepada murid-murid, di samping meningkatkan kemahiran insaniah mereka dalam suasana yang menyeronokkan dan berkesan.