Tarikh : 12 Disember 2024
Masa : 8.00 am – 1.00 pm
Tempat : SK Syed Sheh, Baling
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
SK Syed Sheh telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik bagi membantu murid mengembangkan daya fikir, kemahiran menyelesaikan masalah, dan meningkatkan kreativiti mereka dalam suasana yang menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran secara interaktif, malah menggalakkan peserta untuk berfikir secara kritis dan bekerjasama dalam kumpulan. Booth NADI Kluster Baling mengambil inisiatif untuk menyertai program Hari Keusahawanan SK Syed Sheh dengan menyediakan pelbagai aktiviti interaktif yang bertujuan memupuk semangat keusahawanan dan melatih kemahiran berfikir secara kreatif serta kritis di kalangan pelajar. Objektifnya adalah memberikan pendedahan kepada pelajar tentang nilai keusahawanan seperti strategi, kerjasama, dan pengurusan risiko melalui aktiviti yang menyeronokkan, dan elatih kemahiran menyelesaikan masalah, daya kreativiti, dan pemikiran kritis melalui permainan berstruktur. Konkluksinya, Booth NADI Kluster Baling berjaya menjadi salah satu elemen menarik dalam Hari Keusahawanan SK Syed Sheh dengan menyediakan aktiviti interaktif yang mendidik sambil menghiburkan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Jenga Tower Challenge, di mana peserta perlu menyusun dan mengimbangkan blok kayu tanpa merobohkan menara, sekali gus mengasah kemahiran koordinasi serta kesabaran mereka. Selain itu, aktiviti Word Search menguji kecekapan peserta dalam mencari perkataan tersembunyi dalam tempoh masa tertentu, membantu meningkatkan daya fokus serta kemahiran berbahasa mereka.
Safe & Shield Puzzle pula memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan digital melalui permainan interaktif yang mengajar mereka tentang kepentingan melindungi data peribadi dan keselamatan dalam talian. Sementara itu, Penguin Ice Breaking Game mencipta suasana yang menyeronokkan dengan aktiviti yang menguji daya tahan serta strategi peserta dalam menjaga keseimbangan ‘penguin’ di atas permukaan ais.
Keseluruhan program ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid, tetapi juga membantu meningkatkan daya pemikiran, kerjasama, dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan cabaran yang diberikan.