Tarikh : 03 Oktober 2024
Masa : 11.00 am – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Tujuan program ini adalah untuk memudahkan komuniti setempat yang ingin berurusan dengan pihak CIMB Bank tanpa perlu hadir ke cawangan CIMB Bank yang terdekat.
Aktiviti
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan membuka akaun secara percuma kepada komuniti setempat, pendaftaran CIMB cliks dan octo, semakan permohonan pinjaman peribadi dan untuk ASB, pembukaan akaun ASB dan lain-lain lagi. Dengan kehadiran CIMB Bank, ramai komuniti setempat serta komuniti luar yang hadir untuk berurusan dengan pihak CIMB Bank dan mendapat sambutan sangat mengalakkan dari komuniti setempat.