Tarikh : 09 Disember 2024
Masa : 11.00 am – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka kepada umum
Tujuan
Bertujuan untuk menyediakan akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan kewangan untuk komuniti setempat. Program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat, nasihat, dan menyelesaikan urusan kewangan mereka secara langsung dengan pegawai bank yang bertugas.
Aktiviti
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pembukaan akaun dewasa, pembiayaan ASNB, pinjaman ASB, kemaskini maklumat, dan perlindungan takaful. Manfaatnya adalah ia memberikan akses mudah kepada perkhidmatan perbankan tanpa perlu ke cawangan, dan juga nenyediakan khidmat nasihat kewangan secara langsung untuk membantu perancangan kewangan peribadi dan keluarga. Melalui program Pembukaan Kaunter Perkhidmatan CIMB Bank, komuniti setempat dapat menikmati kemudahan perkhidmatan perbankan di lokasi berhampiran.