Tarikh : 03 Januari 2024
Masa : 10.00 pm – 12.00 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Komuniti Merbau Pulas
Tujuan
Untuk memberi penerangan ringkas kepada komuniti yang hadir berkenaan sistem PADU.
Aktiviti
PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat. Kepentingan mendaftar PADU adalah untuk memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat, tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosialmelalui sistem PADU. Penerangan ini disampaikan oleh Pegawai dari DOSM selaku penyelaras PADU kawasan Kulim.