Tarikh : 26 Ogos 2022
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : Bilik Latihan PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar sekolah rendah
Tujuan
Memupuk semangat sayangkan negara dalam kalangan peserta disamping menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.
Aktiviti
Para peserta diberikan arahan untuk membuka laman web Jigsaw Puzzle di aplikasi Google, seterusnya mereka akan perlu menyiapkan puzzle dengan mencantumkan setiap kepingan puzzle hingga menjadi sekeping gambar iaitu logo ataupun tema hari kemerdekaan pada tahun ini, #Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.