Tarikh : 04 Februari 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk menguji kebolehan para peserta dalam menggunakan ICT melalui permainan Jigsaw Puzzle dan juga bertujuan untuk memperingati peristiwa Israk dan Mikraj.
Aktiviti
Pertandingan ini melibatkan 11 orang peserta yang hadir iaitu pelajar-pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada 3 lelaki dan 8 perempuan. Para peserta diminta untuk menyiapkan puzzle bertemakan Israk Mikraj. Kemudian, kuiz mengenai Israk Mikraj juga diadakan pada akhir sesi kelas bagi memperingati peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku pada malam 27 Rejab iaitu peristiwa yang sangat memberi kesan yang besar kepada umat Nabi Muhammad SAW.