Tarikh : 17 Mac 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Untuk memberi peluang kepada murid untuk menonjolkan kebakatan mereka dalam mewarna selain mengisi masa lapang cuti sekolah mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
Aktiviti
Aktiviti ini melibatkan 8 peserta Tahap 1 yang hadir iaitu pelajar sekolah rendah. Petugas telah memberikan sekeping kertas yang telah dicetak bertemakan sambutan Bulan Ramadhan 2023 untuk para peserta mewarna. Antara impak positif dari pertandingan ini ialah dapat memupuk minat dan mengembangkan bakat kanak-kanak dalam bidang seni lukis dan juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menonjolkan minat dan bakat mewarna.