Tarikh : 16 Julai 2023
Masa : 08:00 am – 5:00 pm
Tempat : Maktab Rendah Sains MARA Baling
Peserta : Pelajar-pelajar MRSM
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan STEM kepada pelajar sekolah serta memastikan pelajar dapat berfikir dengan lebih kritis dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dan cabaran dunia luar apabila terlibat dalam bidang pekerjaan.
Aktiviti
Program Digital Technova Arena 2023 di MRSM Baling yang melibatkan pelajar MRSM 1 Malaysia yang mewakili MRSM masing-masing dalam menghasilkan inovasi dalam dunia pendigitalan. Program ini melibatkan 55 buah MRSM seluruh Malaysia yang diadakan di MRSM Baling dengan berkonsepkan ‘Experience The World of Technology’. Pelbagai aktiviti yang dipertandingkan antaranya adalah Minecraft, Graphic Design, Stop Motion, Computer Project dan Code War. Penglibatan Kluster Baling dalam membantu dalam modul yang bertemakan ‘Computer Project’.