Tarikh : 10 September 2025
Masa : 2.00 – 6.00 Petang
Tempat : SK Binjul Dalam
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program ini merupakan hasil kerjasama antara Jabatan Penerangan dan Komuniti Madani Kampung Binjul Dalam yang bertujuan memupuk semangat patriotisme, mengeratkan hubungan komuniti serta memperkukuh nilai kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat. Inisiatif ini juga menjadi platform bagi agensi-agensi kerajaan dan masyarakat tempatan untuk berganding bahu menjayakan aktiviti yang berteraskan semangat kemerdekaan dan kesejahteraan komuniti.
Aktiviti
Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program termasuk pertandingan pulut kuning kemerdekaan, pertandingan karaoke, jualan produk usahawan tempatan, pameran agensi, serta tayangan wayang pacak. NADI turut mengambil bahagian melalui pembukaan booth pameran interaktif yang menampilkan kuiz Kempen Internet Selamat, permainan digital interaktif, serta promosi pelbagai inisiatif kerajaan kepada pengunjung.
Program ini bukan sahaja menceriakan sambutan bulan kemerdekaan, malah berjaya memperkukuh hubungan antara komuniti dan agensi kerajaan dalam membina masyarakat madani yang harmoni, berilmu dan bersatu padu.