Tarikh : 29 Jun 2024
Masa : 7.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Perkarangan Econsave Baling, Batu 42
Peserta : Komuniti Daerah Baling
Tujuan
Program ini adalah bertujuan untuk menguar-uarkan kepada masyarakat berkenaan maklumat, dasar, dan inisiatif kerajaan berteraskan konsep Malaysia Madani. Pihak NADI di bawah kluster Baling turut sama terlibat dalam program ini dalam mempromosikan program, kelas, dan perkhidmatan yang disediakan di NADI kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Melalui taklimat ini, komuniti secara tidak langsung akan mendapat info mengenai peranan serta manfaat NADI dan juga mengetahui inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti setempat. Pihak NADI juga mengalu-alukan komuniti agar dapat menggunakan perkhidmatan yang ada di NADI secara maksimum. Antara aktivti yang dijalankan adalah Spin The Wheel, Sort The Ball, STEM Puzzle, Wooden Block dan XOX Games Challenge.