Tarikh : 12 Oktober 2025
Masa : 9.00 am – 1.00 pm
Tempat : SK Seri Inas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program ini dianjurkan sebagai platform mendekatkan komuniti dengan aktiviti santai yang membina minda, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan dan inisiatif kerajaan yang tersedia untuk masyarakat setempat. Program ini juga bertujuan menggalakkan penglibatan komuniti, mengukuhkan hubungan sosial serta mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif.
Aktiviti
Sepanjang program, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti Sorting Ball, Puzzle Games, Wooden Block Puzzle, serta sesi Pendaftaran Ahli NADI bagi memudahkan penduduk mendapatkan maklumat dan manfaat program NADI pada masa hadapan. Turut diadakan ialah Saringan Kesihatan dan hebahan mengenai Inisiatif Kerajaan, yang memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan maklumat penting secara terus.