Tarikh : 05 Ogos 2025
Masa : 10.00 am – 3.30 pm
Tempat : Serai Wangi Mall, Padang Serai
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 di Negeri Kedah adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan peserta melalui aktiviti kembara yang menggabungkan elemen sejarah, budaya, dan nilai-nilai kemerdekaan. Program ini juga bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif dan kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat serta mempertingkatkan kesedaran mengenai kepentingan mempertahankan kedaulatan dan identiti negara.
Aktiviti
Konvoi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 di Negeri Kedah telah disambut dengan penuh meriah oleh warga setempat yang membanjiri lokasi dengan kibaran Jalur Gemilang, sorakan semangat patriotik, dan wajah penuh kebanggaan sebagai anak Malaysia. Program ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik yang memberi manfaat serta mengeratkan hubungan antara komuniti. Antara aktiviti utama adalah pameran dan kaunter agensi penting seperti AADK, KWSP, PTPTN, MYSALAM, Tabung Haji, NADI, PEKA B40, PERKESO, serta kemudahan berkaitan kesihatan. Selain itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, acara sukan rakyat, Fesyenista Merdeka, kuiz kenegaraan, dan persembahan lagu-lagu patriotik yang menyemarakkan suasana. Program turut diserikan dengan sesi taklimat dan penjelasan isu semasa serta acara Pulut Merdeka sebagai tanda meraikan kemerdekaan bersama-sama.
NADI Kluster Kulim turut dijemput membuka booth pameran sepanjang program, menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pendaftaran MyDigital ID, permainan jigsaw puzzle bertemakan Kempen Internet Selamat, serta pendaftaran ahli NADI. Kehadiran NADI Kluster Kulim memberikan peluang kepada warga setempat untuk lebih mengenali inisiatif digital dan keselamatan dalam talian, selain memperluas jaringan komuniti NADI di peringkat akar umbi.