mcmc
Laporan Aktiviti

Program Kesedaran Kesihatan Kendiri (Wellbeing Awareness) Masjid Darul Ulum

Tarikh   : 14 November 2024

Masa    : 10.30 pm – 12.30 pm

Tempat : Majid Darul Ulum, Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan penduduk melalui pemeriksaan kesihatan asas dan pendidikan kesihatan. Program ini memberi penekanan terhadap langkah pencegahan penyakit serta pentingnya gaya hidup sihat, terutamanya dalam kalangan komuniti luar bandar.

Aktiviti

Kerjasama dengan Klinik Dr Azrin, yang memfokuskan kepada program PeKa B40, memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan bagi golongan yang kurang berkemampuan. Penduduk berpeluang menjalani pemeriksaan tekanan darah, gula dalam darah, dan Indeks Jisim Badan (BMI) secara percuma. Pemeriksaan ini membantu mengenal pasti masalah kesihatan seperti hipertensi, diabetes, dan obesiti, sekaligus membolehkan tindakan awal diambil. Selain pemeriksaan kesihatan, aktiviti lain termasuk taklimat atau ceramah ringkas mengenai penjagaan kesihatan. Ceramah ini membincangkan topik seperti kepentingan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, dan pengurusan stres. Program ini memberi banyak manfaat kepada penduduk Kampung Pantai Cicar. Selain meningkatkan kesedaran mengenai status kesihatan masing-masing, program ini juga membuka peluang untuk komuniti memahami inisiatif kesihatan seperti PeKa B40. Taklimat kesihatan yang disampaikan turut memberi ilmu berguna yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Konkluksinya, program NADI X Wellbeing bersama komuniti Kampung Pantai Cicar bukan sahaja mempromosikan kesihatan fizikal tetapi juga membina kesedaran kolektif tentang kepentingan penjagaan diri.