Tarikh : 12 September 2022
Masa : 9:00 am – 12:00 pm
Tempat : Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil
Peserta : Pelajar sekolah rendah
Tujuan
Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
Aktiviti
Para peserta diberikan pendedahan pada permulaan program mengenai penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) seterusnya taklimat tentang Klik Dengan Bijak (KDB). Antara pengisian program ini seperti para pelajar ditayangkan video KDB untuk pemahaman yang lebih terperinci mengenai permasalahan dan kesedaran para pelajar terhadap alam maya. Pada akhir program, petugas-petugas juga menyediakan beberapa aktiviti untuk para pelajar. Akhir sekali, program ini dianjurkan bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Baling dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang terlibat, semoga mendapat manfaat dari program yang telah dijalankan ini.