Tarikh : 24 Oktober 2024
Masa : 8.00 am – 1.00 pm
Tempat : SMK Tengku Sarafudin Badlishah, Kulim
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Bertujuan untuk mendidik pelajar mengenai keselamatan digital dan bahaya pendedahan maklumat peribadi dalam talian. Dengan tema “Dedah Membawa Padah”, program ini menekankan tanggungjawab pengguna media sosial dan memberikan kesedaran tentang kesalahan siber serta hukuman undang-undang yang boleh dihadapi. Program ini juga bertujuan untuk membimbing pelajar agar bijak memanfaatkan masa dan peluang yang ada dalam dunia digital.
Aktiviti
Tema “Dedah Membawa Padah” memberi penekanan khusus kepada bahaya yang boleh timbul akibat perkongsian maklumat yang tidak terkawal, seperti kecurian identiti, buli siber, dan pelbagai ancaman siber yang lain. Antara aktivti yang dijalankan ialah Taklimat Media Sosial: Maruah & Tanggungjawab, Kuiz MyCyberGenius, Taklimat Kesalahan & Hukuman oleh Pihak Penjara Negeri Kedah dan PDRM Negeri Kedah, Taklimat Manfaatkan Masa dan Peluang oleh NADI dan juga sesi soal jawab. Ceramah ini akan menyampaikan informasi penting mengenai risiko pendedahan maklumat peribadi serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi identiti dalam talian. Melalui program ini, peserta akan lebih memahami ancaman dan risiko dalam talian serta menyedari kepentingan menjaga privasi maklumat peribadi dan peserta akan belajar cara bertindak secara bijak dan beretika di internet, termasuk menghormati privasi orang lain serta menjaga imej peribadi. Program “Klik Dengan Bijak” bertemakan “Dedah Membawa Padah” diharapkan dapat menyuntik kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar tentang bahaya pendedahan maklumat peribadi secara melampau di internet. Diharapkan para pelajar akan lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan lebih berwaspada terhadap ancaman yang mungkin mereka hadapi di dunia digital.