Tarikh : 05 September 2024
Masa : 8.30 am – 1.00 pm
Tempat : Dewan SJKC Kuala Ketil
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti yang kreatif dan interaktif. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkukuh perpaduan di kalangan peserta, sambil meningkatkan kesedaran tentang sejarah kemerdekaan Hari Malaysia dan nilai-nilai Madani.
Aktivti
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Lego Challenge, Robotic Hand, Puzzle Challenge, Sorting Ball, Jengga Math Challenge dan Promosi NADI. Program ini juga akan mempromosikan inisiatif NADI yang bertujuan untuk meningkatkan akses kepada maklumat dan pendidikan di kalangan masyarakat. Peserta akan diberi maklumat tentang bagaimana NADI boleh membantu mereka dalam pembelajaran dan akses kepada sumber maklumat. Melalui aktiviti-aktiviti bertemakan kemerdekaan ini, terdapat banyak impak positif kepada peserta seperti dapat memperkukuhkan rasa cinta dan bangga terhadap negara, dapat memberi ruang kepada peserta untuk mengekspresikan kreativiti mereka dan mengasah kemahiran inovatif, dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang sejarah kemerdekaan dan sejarah Hari Malaysia dan bagaimana mereka boleh mengakses lebih banyak maklumat melalui inisiatif NADI. Semoga program ini dapat memberikan impak positif kepada komuniti, dengan memperkukuhkan semangat kebangsaan dan perpaduan melalui aktiviti yang kreatif dan menyeronokkan.