Tarikh : 24 Ogos 2024
Masa : 8.30 am – 1.00 pm
Tempat : Dewan Masjid Al Huda, Kampung Hangus, Baling
Peserta : Komuniti Kampung Hangus, Baling
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti yang kreatif dan interaktif. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkukuh perpaduan di kalangan masyarakat, sambil meningkatkan kesedaran tentang sejarah kemerdekaan Malaysia dan nilai-nilai Madani.
Aktivti
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah 3D Art Pen, Kolaj Merdeka, Puzzle Merdeka, Word Search Merdeka, Jengga Block Challenge dan Promosi NADI. Selain itu, pelbagai aktiviti lain juga dijalankan oleh pihak Jabatan Penerangan Baling antaranya pertandingan catlwalk merdeka, basikal berhias, mewarna kanak-kanak dan lain-lain lagi. Program ini juga akan mempromosikan inisiatif NADI yang bertujuan untuk meningkatkan akses kepada maklumat dan pendidikan di kalangan masyarakat. Peserta akan diberi maklumat tentang bagaimana NADI boleh membantu mereka dalam pembelajaran dan akses kepada sumber maklumat. Melalui aktiviti-aktiviti bertemakan kemerdekaan ini, terdapat banyak impak positif kepada peserta seperti dapat memperkukuhkan rasa cinta dan bangga terhadap negara, dapat memberi ruang kepada peserta untuk mengekspresikan kreativiti mereka dan mengasah kemahiran inovatif, dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang sejarah kemerdekaan Malaysia dan bagaimana mereka boleh mengakses lebih banyak maklumat melalui inisiatif NADI. Semoga program ini dapat memberikan impak positif kepada komuniti, dengan memperkukuhkan semangat kebangsaan dan perpaduan melalui aktiviti yang kreatif dan menyeronokkan. Dengan penglibatan aktif masyarakat, program ini juga diharapkan dapat menyemai nilai-nilai Madani yang penting untuk kesejahteraan negara.