mcmc
Laporan Aktiviti

Program Semarak Belia Hari Negara Peringkat Daerah Baling

Tarikh   : 15 Mei 2024

Masa    : 8.00 am – 12.00 pm

Tempat : SMK Tanjong Puteri, Kuala Ketil

Peserta : Pelajar Sekolah SMK Tanjong Puteri

Tujuan

Memperkenalkan NADI kepada komuniti setempat di samping menerapkan kesedaran tentang keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab sebagai pengguna di media sosial. Selain itu objektif pelaksanaan program ini sebagai medium kejasama antara NADI dan komuniti,selain memberi pendedahan ICT kepada pelajar, dalam melahirkan generasi celik IT. Program ini bertujuan untuk memperluaskan penglibatan belia dalam pelaksanaan Sambutan HBN Peringkat Kebangsaan, menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Aktiviti

HBN merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan khusus oleh kerajaan kepada belia di Malaysia untuk memperkukuhkan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara seterusnya turut memainkan peranan secara signifikan dalam arus perdana pembangunan negara. Program ini dijalankan sempena sambutan Hari Belia Negara peringkat Daerah Baling yang dirasmi oleh Tuan Pengawai Daerah Baling iaitu Ybhg Dato Abdul Gafar Bin Yahya – Pegawai Daerah Baling, antara agensi terlibat KKM, KPM, NADI, BOMBA, AADK, dan Tabung Haji. NADI Kluster Baling telah dijemput untuk membuka booth pada hari tersebut, antara aktiviti yang dijalankan ialah Kempen Kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB), Ball Sorting Challenge, Jengga Challenge, Cup Stacking, Teka Bendera, Fast Typing Challenge, Puzzle, Origami, Wooden Block Challenge dan Dam Ular. Dengan adanya HBN ini, ia mampu memperkukuh potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan memperluaskan akses belia sesuai dengan kerangka Malaysia Madani dan Model Pembangunan Belia Madani 2030.

Galeri Foto