mcmc
Laporan Aktiviti

Program Semarak Hari Belia Negara Tahun 2025 Peringkat Daerah Baling

Tarikh   : 15 Mei 2025

Masa    : 9.00 am – 3.00 pm

Tempat : SMK Jerai, Baling

Peserta : Pelajar SMK Jerai dan Komuniti Setempat

Tujuan

Bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara, program ini turut menjadi wadah penting dalam mengiktiraf peranan dan sumbangan belia kepada pembangunan negara.

Aktiviti

Program Semarak Hari Belia Negara Tahun 2025 Peringkat Daerah Baling telah berlangsung dengan penuh semangat dan penyertaan aktif daripada golongan belia serta komuniti setempat. Melalui penglibatan NADI, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pengurusan Esport MLBB, E-Learning Jigsaw Puzzle Digital, Soft Skills – Sorting Ball dan Wooden Block, serta aktiviti STEM seperti 3D Art dan Jengga Matematik, yang bukan sahaja mengasah daya fikir, kreativiti dan kerjasama peserta, malah menyerlahkan potensi dan bakat belia dalam pelbagai bidang. Selain memupuk perpaduan dan semangat kebersamaan, program ini turut memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi, NGO dan komuniti ke arah pembangunan negara yang inklusif dan berdaya saing.

Gambar di sini