Tarikh : 13 Mei 2023
Masa : 08:00 am – 1:00 pm
Tempat : Kompleks Rakan Muda, Baling
Peserta : Terbuka kepada orang ramai
Tujuan
Tujuannya adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PEDi dikalangan warga Baling seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara petugas PEDi dengan komuniti Baling.
Aktiviti
Program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Belia Daerah Baling. Antara aktiviti yang dijalankan pameran booth agensi, pemeriksaan kesihatan, aktiviti memanah, demo masakan, derma darah, pertandingan gubahan sirih junjung dan pertandingan bola tampar melibatkan institusi pendidikan. Kluster Baling turut serta membuka booth pameran dan membuat aktiviti berktan KDB dan promosi PEDi.