SEJARAH KAMPUNG MERBAU PULAS
Menurut cerita penduduk-penduduk yang telah berusia hampir seratus tahun menceritakan bahawa pada zaman dahulu ada sepohon pokok Merbau yang amat besar yang tumbuh berhambiran satu kawasan tanah lapang.
Pada setiap hari penduduk yang keletihan mengerjakan ladang akan berihat dibawah pokok ini.Begitulah rutin harian penduduk pada setiap hari.Semasa mereka berihat salah seorang penduduk bertanyakan nama apakah yang paling sesuai untuk deberi pada kampung meraka.
Dijadiakan cerita belum sempat nama kampung diputuskan hujan pun turun beserta dengan angin rebut yang amat dashat.Meraka pun berlari balik kerumah masaing-masing tanpa sempat memberi nama untuk kampung meraka.
Keesokan harinya sperti biasa selepas Keletihan bekerja mereka kambali untuk berihat dibawah pokok merbau besar yang menjadi tempat berihat.Alangkah terkejutnya mereka kerana pohon Merbau yang besar yang menjadi tempat mereka berihat setiap hari telah dipulas oleh angina rebut petang sebelumnya.
Maka penduduk pun bersepakat untuk memberei nama kampung ini sempena dengan pokok Merbau yang di pulas angin maka kekal lah nama Merbau Pulas sehingga sekarang.Begitu kisahnya bagaimana nama Kampung Merbau Pulas tercipata.
Terima Kasih.