mcmc
Laporan Aktiviti

Seminar OHSEM Sale 2023

Tarikh   : 04 November 2023

Masa    : 11:00 am – 1:00 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Wanita

Tujuan

Objektifnya ialah untuk menawarkan pakej pengiklanan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan perniagaan mereka secara digital.

Aktiviti

Seminar OHSEM Sale 2023 merupakan seminar anjuran Dattel Asia Group dengan kerjasama REV Media Group dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Seminar ini disampaikan oleh Encik Ashran Dato Ghazi iaitu CEO Dattel Asia Group secara dalam talian serentak di 450 Pusat Ekonomi Digital seluruh negara bertujuan memberi peluang dan tawaran untuk solusi pemasaran digital buat usahawan PKS. OHSEM Sale 2023 dianjurkan sebagai acara tahunan supaya PKS dapat merancang perbelanjaan pemasaran digital dengan kos lebih rendah. Terdapat beberapa tawaran hebat yang diketengahkan di OHSEM Sale 2023 yang sesuai untuk pelbagai lapisan PKS, antaranya, Pakej Servis Pemasaran Digital serendah RM250 sebulan, Pakej Pengiklanan REV Media Group serendah RM500, akses percuma platform OHSEMads.com dan satu iklan percuma REV Media Group bernilai RM8,000 untuk yang layak.

Galeri Foto