mcmc
Laporan Aktiviti

Seminar Pemasaran Digital OHSEM

Tarikh   : 21 Oktober 2023

Masa    : 10:00 am – 12:00 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Wanita

Tujuan

Objektifnya ialah untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan perniagaan mereka secara digital dan juga untuk memberi peluang serta tawaran untuk solusi pemasaran digital buat usahawan PKS.

Aktiviti

Seminar Pemasaran Digital OHSEM erupakan seminar anjuran Dattel Asia Group dengan kerjasama REV Media Group dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).  Seminar ini disampaikan oleh Encik Ashran Dato Ghazi iaitu CEO Dattel Asia Group secara dalam talian. Terdapat beberapa tawaran hebat yang diketengahkan di OHSEM Sale 2023 yang sesuai untuk pelbagai lapisan PKS, antaranya, Pakej Servis Pemasaran Digital serendah RM250 sebulan, Pakej Pengiklanan REV Media Group serendah RM500, akses percuma platform OHSEMads.com dan satu iklan percuma REV Media Group bernilai RM8,000 untuk yang layak.