Tarikh : 18 Januari 2024
Masa : 12:00 pm – 1:00 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas (online)
Peserta : Terbuka
Tujuan
Kempen ini diadakan bertujuan bagi menggalakkan pendaftaran dan pengisian PADU dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga bertujuan memperkasa kefahaman dan kesedaran orang ramai mengenai PADU, dibantu petugas Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Aktiviti
Program PADU Hour ini telah berlangsung pada 18/01/2024 selama 1 jam iaitu pada pukul 12.00 tengah hari sehingga 1.00 petang melalui Microsoft Teams, Live di TikTok dan Live di Facebook PADU. Selain itu, dengan adanya pelaksanaan ‘PADU HOUR’ ini dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan data dikongsikan melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Sesi soal jawab juga diadakan pada akhir sesi program.