mcmc
Laporan Aktiviti

Taklimat dan Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) – Scammer

Tarikh   : 29 April 2023

Masa    : 10:30 am – 12:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Memberikan kesedaran awal supaya lebih berhati-hati dalam sebarang urusan yang berkaitan transaksi perbankan.

Aktiviti

Petugas memaparkan video mengenai ‘Scammer’ di YouTube Klik Dengan Bijak kepada para peserta, seterusnya petugas menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tajuk Scammer tersebut seperti risiko ataupun impak negatif yang akan dihadapi oleh seseorang jika mereka tidak berhati-hati ataupun kurangnya maklumat dalam penggunaan teknologi dengan selamat. Sesi soal jawab antara peserta dan petugas juga diadakan ketika di akhir sesi, dan petugas juga menyediakan beberapa soalan sebagai kuiz untuk para peserta. Semoga taklimat ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta seperti cara-cara mengelakkan dan melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah siber. Kuiz Kahoot berkaitan ‘Scammer’ juga diadakan pada akhir sesi taklimat.

Galeri Foto